Sedutan ucapan Ketua Puteri UMNO Kedah.

Friday, October 16, 2009

Berikut adalah sedutan isi ucapan Ketua Puteri UMNO Kedah, Pn.Norshimah Md.Nowar sewaktu Persidangan Puteri UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Penghargaan diatas kepercayaan YAB Presiden UMNO


YB Dato' Rosnah, yangg mewakili pergerakan Puteri UMNO telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan. Satu tanggung jawab dan amanah yg sangat besar. Kita percaya perlantikan ini tepat, berdasarkan kredibiliti dan kebolehan Ketua Puteri kita ini.

* Sebagai orang Islam, contoh dan tauladan mulia perlu jadi sempadan. Rasulullah s.a.w merupakan Role Model kepimpinan yang Agung dan perlu dijadikan ikutan.

Rasulullah saw pernah bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.”

Hadis : Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Perpaduan Ummah

* Rasulullah SAW memerintahkan kita bersatu, tetapi malangnya kita suka pada perpecahan dan bercerai-berai. Malah kita suka mengadu dombakan sesama kita agar masyarakat kita menjadi porak peranda. Satu kelompok menyatakan dirinya lebih Islam daripada kelompok yang lain. Malah ada yang sampai berani mengeluarkan fatwa Meng KAFIRkan UMNO.

Akhlak dan adab sebagai orang Islam wajib dijaga dalam berkomunikasi.

* Pergerakan Puteri Umno yang sinonim dengan sistem IT dan komputer telah Berjaya melahirkan Unit Penerangan dan Unit Cyber IT untuk berkongsi lebih banyak maklumat dan menyebarkan pelbagai informasi. Inilah teknologi dan kaedah alaf baru untuk memenangi hati orang muda.

Malangnya, dicela-celah keseronokan kita bercyber, ada pihak yang mengambil kesempatan dan menyalahguna kemudahan.

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat

Kajang hamba musafir lalu

Ruang internet tempat mengumpat

Inikah dia Melayu Maju?

Kalau dulu kita panggil Musuh dalam selimut….

Tikam dari Belakang!!

Yang ini kita kena bagi `gelaran baru:

BUKAN H1N1

BUKAN jugak B1N1

Inilah yg kita di Kedah namakan:

VIRUS H. A. T. I

Inilah penyakit baru dalam UMNO yg perlukan vaksin dan ubat.

Bukan TAMIFLU , tapi ubat Jiwa yang perlu diisi dengan akhlak yang mulia.

Penyakit ini perlu diperangi habis-habisan kerana Ia akan merosakkan ukhwah dan muafakat ahli dalam parti.

Rasulullah SAW bersabda:”Alangkah baiknya orang-orang yang sibuk meneliti aib diri mereka sendiri dengan tidak membicarakan aib-aib orang lain

Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata busuk. Hadis riwayat Al- Bukhari dan Al Hakim.

Selain dari kita menjaga kalam penulisan dan lidah lisan eloklah kita menjaga adab sopan di alam cyber.

Bahaya Fitnah


Kita perlu bongkarkan identity penulis blog dan laman web yang engkar dan mungkar. Mereka menjadikan Fitnah sebagai satu peluru pemusnah yang membunuh Mangsa Yang Tak Berdosa.

Penulis blog dan laman web seperti ini perlu dikenakan tindakan undang-undang yang serius.

Cadangan


Pergerakan Puteri Umno Negeri Kedah ingin mencadangkan agar UMNO menubuhkan satu Suruhanjaya KHAS CYBER untuk memantau semua laman blog dan lama web secara lebih serius agar gejala fitnah cyber dapat dibendung.

Pindaan Perlembagaan


Pindaan perlembagaan ini membolehkan ketua-ketua puteri cawangan menjadi perwakuilan bahagian secara automatic. Inilah bukti kematangan UMNO yang menghargai sumbangan idea dan tenaga Wanita Melayu Muda. Inilah bukti bahawa Ahli-ahli Puteri Umno diberi beri kepercayaan untuk bersama mengukuhkan Parti kerana kita sedar Suara Orang Muda menjadi penentu hala tuju Bangsa Melayu di masa hadapan.

Perpaduan Puteri UMNO

Marilah bersama kita membina dan perbaiki akhlak diri sendiri. Dengan cara ini sahajalah kita mampu mengukuhkan jalinan ukhuwah Islamiyah yang telah tercalar dan terlerai.

Insyaallah ianya MAMPU bertaut kembali.

Adalah mustahil untuk kita membina Ukhwah Islamiyah dalam parti UMNO secara total dan kukuh, sekiranya kita masih menjadi gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.

Janganlah kita asyik mengadu domba

Janganlah kita masih `menikam teman seperjuangan’

Janganlah kita membunuh Tunas yang bakal menjadi Pohon tempat berteduh.

Usahlah kita saling kafir mengkafir

Usahlah kita mencela sesama kita;

Bukankah kita SEBANGSA DAN SEAGAMA!

Penghargaan dan harapan

Kepada kepimpinan lama, kita tak lupa. Kerana Jasamu Tetap dikenang

Kepada kepimpinan baru, Kita sokong , Kita Bantu

Bersama , kita akan pastikan Pergerakan Puteri UMNO terus relevan kerana Puteri UMNO adalah sebuah wadah politik, satu platform untuk WANITA MELAYU MUDA bersuara dan mencurahkan khidmat bakti.



I.S.A - KESELAMATAN NEGARA MENGATASI KEPENTINGAN INDIVIDU

Monday, August 3, 2009

Internal Security Act atau AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (I.S.A) termaktub dalam Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta yang pada asalnya dikenali sebagai Akta Darurat 1948-1960 ini diperkenalkan oleh R.H Hikling ini bertujuan bagi membanteras kegiatan komunis yang berleluasa ketika itu. Sehingga hari ini, I.S.A telah melalui proses pindaan lebih 20 kali, bagi memastikan ianya relevan dan menepati keadaan semasa.

Pelaksanaan ISA terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti subversif seperti pengganas komunis adalah sejarah. Pada dasarnya, Komunis telah lama lenyap dalam kamus pemerintahan Malaysia hari ini.


Namun dalam konteks sekarang, ISA adalah undang-undang pencegahan untuk mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan. Itu adalah objektif utama ISA.

Dalam catatan pentadbiran negara ini, ISA telah berjaya bertindak sebagai undang-undang pencegahan yang berkesan. Melalui ISA kerajaan berjaya membendung kelompok-kelompok ektrimis tertentu serta pelampau-pelampau agama yang bertindak di luar batasan serta mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman negara. Kejayaan ISA terbukti, dengan melumpuhkan beberapa tindakan dan gerakan subversif dalam negara seperti Kumpulan Al Maunah, Jemaah Islamiah, HINDRAF dan sebagainya.


Matlamat dan tujuan kerajaan mengekalkan ISA hanya satu, dalam apa situasi pun kerajaan bertanggungjawab memastikan keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara, kerajaan tidak wajar memikirkan kepentingan individu. ISA perlu terus dilaksanakan tanpa mengira sesiapa, sama ada mereka ahli politik, NGO, orang perseorangan mahupun orang awam.


Kesimpulannya, melalui ISA yang telah dilaksanakan sejak lebih 30 tahun yang lalu, kerajaan berjaya mengawal negara dari berbagai-bagai ancaman sama ada ancaman dalaman mahupun luaran. Bermula dengan AKTA DARURAT untuk membanteras ancaman komunis hinggalah ke AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) yang telah melalui proses transformasi dan pindaan lebih 20 kali, maka sewajarnya ISA perlu untuk terus dikekalkan demi memastikan negara terus aman dan tenteram.


Sumber: PMR

 
Blog Puteri UMNO Negeri Kedah. oleh some1